ISU HALAL: ADAKAH VITAMIN SHAKLEE HALAL?

Sebagai pengguna terutama yang beragama Islam, kita pasti akan mencari makanan yang Halal. Mencari yang Halal adalah fardhu. Begitu juga jika ingin memilih supplement atau vitamin.

Apabila sebut vitamin Shaklee, isu Halal sering diperkatakan. Halal dan Shaklee sukar dipisahkan. Shaklee ni Halal ke? Boleh makan ke?



Hari ini, saya akan kongsi adakah Shaklee Halal dan diiktiraf oleh JAKIM atau tidak. Seperti sedia maklum JAKIM adalah badan rasmi yang mengelola sistem Halal di Malaysia.

ADAKAH SHAKLEE MEMPUNYAI SIJIL HALAL?

Alhamdulillah, semua produk Shaklee mendapat pensijilan Halal daripada negara USA iaitu Islamic Services America (ISA). Boleh rujuk gambar di bawah berkenaan Sijil halal Shaklee Corporation untuk tahun 2017.





MENGAPA SIJIL HALAL SHAKLEE TIDAK DIKELUARKAN OLEH PIHAK JAKIM?

Jika JAKIM yang mengeluarkan sijil Halal bagi produk Shaklee, pihak JAKIM perlu ke kilang penghasilan dan pembuatan produk-produk tersebut. Dalam erti kata lain, pihak JAKIM perlu ke USA untuk melakukan pemantauan dan audit di kilang tersebut bagi mengeluarkan sijil Halal. Sedangkan masih banyak lagi produk tempatan yang beratur dan menunggu pihak JAKIM untuk datang memantau mengeluarkan pensijilan Halal daripada JAKIM.

Oleh itu, produk-produk yang diimport daripada luar negara ini mempunyai badan pensijilan Halal mereka sendiri dan hanya di pantau oleh pihak JAKIM.

ADAKAH BADAN PENSIJILAN ISLAMIC SERVICES OF AMERICA (ISA) DIIKTIRAF OLEH JAKIM?

JAKIM hanya berkuasa dan akan memantau sistem Halal produk tempatan sahaja. Akan tetapi produk yang diperbuat di luar negara mempunyai sistem Halal negara itu sendiri. 

Badan-badan Halal luar negara pula akan dipantau oleh JAKIM samada badan tersebut menepati piawaian pihak JAKIM atau tidak. Badan Halal ISA merupakan salah satu pensijilan Halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

Anda boleh rujuk website JAKIM  mengenai badan-badan pensijilan Halal luar negara (Rujuk halaman 23)

KENAPA TIADA LOGO HALAL PADA BOTOL VITAMIN SHAKLEE?

Pada dasarnya, kebanyakkan botol-botol supplement jenama lain tiada logo Halal, melainkan ia dibuat dan dikilangkan di Malaysia. Hal ini kerana JAKIM mempunyai kuasa penuh terhadap status Halal semua produk makanan,kosmetik atau farmasutikel yang dibuat sepenuhnya di Malaysia.

Disebabkan Shaklee telah mempunyai sijil Halal daripada badan negara asalnya dan diiktiraf oleh JAKIM, maka tidak wajib bagi mereka untuk meletakkan loga Halal pada setiap botol-botol vitamin Shaklee.

Semoga Bermanfaat.

Sahabat Hamil Anda,

Hidayah Azman
Whatsapp: 017 605 6386
Shaklee ID: 1264395


Comments

Popular Posts