JENIS CYST KETIKA MENGANDUNG

APA ITU OVARIAN CYST?

Ovarian cyst adalah kantung yang berisi cecair yang terbentuk di dalam atau pada ovari wanita. Pada kebiasaannya ovarian cyst adalah perkara normal terjadi pada setiap wanita. Selalunya, wanita yang mengalami ovarian cyst tidak menunjukkam sebarang simptom atau tanda akan tetapi ia akan mula memberikan tanda seperti rasa sakit pada bahagian pelvic apabila cyst mula membesar atau pecah. Ibu yang hamil juga berpotensi untuk mendapat ovarian cyst.

Ovarian cyst boleh ditemui apabila ibu mengandung melakukan ultrasound untuk melihat keadaan kandungan. Ovarian cyst boleh terbentuk dalam pelbagai saiz. Pada kebiasaanya saiz cyst adalah kecil akan tetapi ia boleh membentuk sehingga berukuran 12 inci diameternya yang boleh menyebabkan tumor jiks ia dibiarkan.

Pada keadaan tertentu, ovarian cyst boleh menyebabkan masalah haid yang tidak normal atau tidak teratur. Kadang-kadang pendarahan dalam bentuk tompok kecil (spotting) juga boleh menyebabkan ovarian cyst.

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang boleh terbentuk ketika mengandung. Terdapat juga ovarian cyst yang menyebabkan wanita sukar untuk mengandung.

JENIS OVARIAN CYST KETIKA MENGANDUNG

#1 FOLLICULAR CYST




"Follicular Cyst" adalah cyst yang terbentuk apabila ovulasi tidak berlaku atau folikel matang jatuh dengan sendirinya. Cyst ini biasanya terbentuk ketika proses ovulasi dan boleh berkembang kira-kira 2 hingga 3 inci diameter. Kira-kira 1/4 wanita yang mengalami cyct jenis ini akan mengalami kesakitan di bahagian ovari. Pada kebiasaannya, cyst ini tidak menunjukkan sebarang simtom atau tanda dan ia akan hilang dalam masa beberapa minggu atau bulan.

#2 CORPUS LUTEUM CYST
Cyst ini terbentuk selepas telur dilepaskan daripada folikel. Pada proses ovulasi, folikel akan menjadi "corpus luteum". Jika kehamilan tidak berlaku, "corpus luteum" ini akan pecah dan hilang dengan sendirinya. Tetapi jika cyst ini tidak hilang, ia akan dipenuhi dengan darah atau cecair dan ia akan berterusan sehingga ke bahagian. Cyct jenis ini juga tidak menunjukkan sebaranag siptom bagi sesiapa yang mengalaminya dan hanya nampak pada satu bahagian sahaja.

#3 HEMORRHAGIC CYCT
Cyst jenis ini terbentuk apabila berlaku pendarahan kepada cyct yang sedia ada. Biasanya, jika wanita mengalami cyct ini, ia akan mengalami sakit dibahagian abdomen pada satu bahagian badan sahaja.

#4 DERMOID CYST
Biasanya cyct ini adalah jenis cyct  tidak normal yang dialami oleh wanita yang lebih muda usianya dan boleh membesar sehingga 6 inci diameter. Cyst ini boleh mengandungi tisu-tisu badan lain seperti lemak, tulang atau rambut selain daripada cecair dan darah. Biasanya berlaku pada wanita mengandung dan tidak berisiko untuk menjadi kanser kerana saiz cyct adalah besar.


Dalam banyak keadaan cyst tidak menyebabkan kanser dan hanya mempunyai saiz yang kecil (kurang daripada 2 inci atau 5 cm diameter. Ovarian cyst ketika mengandung biasanya cyct yang berfungsi seperti yang dinyatakan di atas. 

Kebanyakkan ovarian cyst boleh di kesan pada trimester pertama secara tidak sengaja apabila melakukan ultrasound untuk melihat keadaan bayi dalam kandungan. Ketika mengandung, jenis cyst yang sering terjadi adalah "CORPUS LUTEUM CYST" dan "DERMOID CYST"

Ovarian cyst biasanya akan dirawat berdasarkan jenis cyst yang terbentuk setelah pemeriksaan lanjut dilakukan. Sesetengah cyst perlu menjalani pembedahan bagi membuang cyst tersebut. Kebanyakkan cyst akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh masa tertentu.

Semoga Bermanfaat.

Sahabat Hamil Anda,

Hidayah Azman

Whatsapp: 017.605.6386

Shaklee ID: 1264395





Comments

Popular Posts