KELEBIHAN SUSU IBU KEPADA BAYI ANDA

Setiap ibu yang melahirkan anak pasti ingin berjaya menyusukan anak sehingga berusia 2 tahun.

MENGAPA IBU DIGALAKKAN MENYUSUKAN ANAK DARI LAHIR SEHINGGA ANAK BERUSIA 6 BULAN & MENERUSKANNYA SEHINGGA MENCAPAI USIA 2 TAHUN?

Salah satunya adalah SUSU IBU mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan kepada anak anda.



Mari kita baca apa KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU kepada bayi anda:

  • Membekalkan pemakanan yang ideal untuk bayi anda. Komposisi susu ibu adalah mengikut umur dan keadaan bayi anda.
  • Melindungi bayi anda daripada infeksi atau jangkitan daripada sebarang virus atau penyakit
  • Mencegah sebahagian daripada punca kematian bayi
  • Mengurangkan risiko alahan kepada bayi
  • Mengurangkan risiko juvenile-onset diabetes (kencing manis bagi kanak-kanak)(dikalangan keluarga yang mempunyai masalah ini
  • Membantu dalam peredaran darah
  • Mengurangkan obesiti di lewat usia
  • Sedia diminum dan menepati keperluan bayi

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU

Ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu boleh mengurangkan risiko:

  • Kanser payudara dan kanser ovari
  • Patah tulang di usia emas (kekurangan kalsium)
  • Pengekalan lemak semasa hamil yang mungkin menyebabkab obesiti selepas bersalin (boleh membantu dalam penurunan berat badan)
  • Anemia akibat pengecutan uterus yang lemah dan kedatangan haid yang awal
  • Jarak kehamilan yang singkat (merancang secara semulajadi)
  • Wanita yang menyusukan bayi dengan susu ibu boleh membina hubungan rapat dengan bayi mereka (mother-child bonding)
Begitu banyak manfaat yang kita boleh dapat sebagai ibu jika kita menyusukan anak. Oleh itu ibu-ibu sangat digalakkan untuk menyusukan anak sekurang-kurangnya 6 bulan.

Kita sebagai ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Walau apa pun cabaran anda dalam menempuh alam penyusuan, kita pasti berusaha sehabis baik.

Begitu juga dengan saya, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi. Banyak up's and down's. Tetapi pengalaman adalah sahabat terbaik kita. Learn from it.

Semoga bermanfaat.

Sahabat Penyusuan Anda

HIDAYAH AZMAN





Comments

Popular Posts