KEPENTINGAN OMEGA 3 UNTUK PESAKIT JANTUNG

Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia & di seluruh dunia.
Berdasarkan statistik setiap 15 minit rakyat Malaysia akan mendapat serangan jantung.

Berdasarkan kajian-kajian terkini, bagi mengurangkan risiko penyakit jantung, pengambilan minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 amat digalakkan.

Di samping pengambilan ikan secara kerap dalam diet harian kita untuk mendapatkan sumber asid lemak Omega-3, amalan pengambilan suplemen tinggi Omega-3 amat digalakkan untuk kesihatan tubuh badan yang lebih baik.

Banyak kajian mengenai Omega-3 menarik minat saintis adalah berdasarkan pemerhatian mereka terhadap masyarakat Eskimo yang mempunyai kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding masyarakat Eropah dan Amerika Ini kerana diet mereka kaya dengan asid lemak Omega-3 daripada ikan dan makanan laut walaupun mereka amat kurang memakan sayur dalam dietmereka.

Beberapa buah tempat seperti Okinawa, Jepun, Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding masyarakat barat kerana diet mereka tinggi pengambilan ikan.


KEPENTINGAN MINYAK IKAN OMEGA-3 UNTUK PESAKIT JANTUNG

  • Asid lemak Omega-3 merupakan asid lemak tak tepu yang penting bersifat anti keradangan
  • Mencegah pembentukan plak arteriosklerosis yang menyumbat saluran darah di jantung
  • Boleh membantu mengawal paras kolesterol dalam darah 
  • Meningkatkan paras kolesterol baik iaitu HDL dalam darah 
  • Mengurangkan risiko insiden serangan jantung •Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung 
  • Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu 
  • Mengurangkan sakit dada (angina) pada pesakit jantung Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini 
  • Omega-3 amat baik untuk mendapatkan kesihatan jantung yang baik


"Omega-3 juga boleh membantu memberikan tenaga yang berpanjangan jika diambil bersama multivitamin."

Pilih la makanan yang tinggi Omega-3 serta suplemen yang dihasilkan daripada sumber Ikan yang berkualiti tinggi dan terbaik. Suplemen juga perlu dipastikan semulajadi 😁

HIDAYAH AZMAN

KLIK UNTUK INFO


Comments

Popular Posts