APA ITU TEKANAN DARAH TINGGI DAN RISIKONYA?

APA ITU TEKANAN DARAH?

Setiap manusia mempunyai tekanan darah. Tekanan darah kita berbeza setiap hari bergantung kepada aktiviti harian kita.


Apabila darah dipam melalui arteri daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan dayah tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah seseorang.

Tekanan Darah Normal seseorang adalah 120 (sistolik) /80 (diastolik).

Apa itu Sistolik dan Diastolik?

Sistolik ialah tekanan ketika jantung sedang bekerja (berdegup).

Diastolik pula ialah tekanan darah yang diukur Ketik keadaan rehat iaitu ketika jantung dipenuhi darah. 

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI TERJADI?


Tekanan darah tinggi terjadi apabila saluran darah menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat untuk mengatasi kesempitan tersebut.


" Secara analoginya, seperti sinki rumah kita tersumbat, kita akan cuba untuk atasi masalah tersebut dengan mengepam saluran sinki sehingga saluran itu bersih dan air boleh melaluinya dengan lancar.


Daya yang kita gunakan untuk mengepam akan semakin kuat untuk menarik bahan yang menyebabkan sinki tersumbat"


Begitulah juga dengan jantung kita bekerja apabila saluran darah menjadi terlalu sempit untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Apabila hal ini terjadi, darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan.  Oleh itu, jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras. 

Apabila ini terjadi, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi walaupun dalam keadaan rehat.

Oleh itu kita perlu sentiasa menjaga pemakanan harian kita dan sentiasa bersenam agar tubuh badan lebih sihat serta jauh daripada sebarang penyakit seperti tekanan darah tinggi. 

Darah tinggi merupakan pembunuh senyap kerana ia tiada tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan kita mempunyai tekanan darah tinggi. 

Jika kita mempunyai tekanan darah tinggi, kita berisiko untuk mendapat penyakit jantung, stroke serta buah pinggang.

Keturunan juga boleh menjadi salah satu punca terjadi tekanan darah tinggi. Ini bermaksud sekiranya datuk, nenek, ibu atau ayah kita mempunyai sejarah tekanan darah tinggi maka kita berpotensi tinggi untuk mendapatnya.

Biasanya lelaki berumur 45 tahun ke atas akan mudah mendapat tekanan darah tinggi manakala bagi wanita pula apabila usia semakin meningkat tekanan darah tinggi adalah normal.

Oleh itu, semakin usia meningkat, kita perlu sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan kita. Mengawal makanan yang diambil dalam diet harian serta melakukan senaman yang bersesuaian agar sentisa sihat dan tidak mudab mendapat penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi.


HIDAYAH AZMAN

Comments

  1. wow...Alhamdulillah.

    Vivix memang terbaik..

    Alsebab Vivix sebagai ikthiar dan usaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts