🍁 RESEPI KARI AYAM SIMPLE

Semalam Dayah janji nak share resepi kari ayam yang mudah dan cepat.

Dayah kalau masak semua nak cepat dan pantas.  Ada anak kecil semua kerja nak cepat sebelum mereka bangun.

Ini resepinya:

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (Dayah guna ayam kampung)
Ubi kentang sebiji
Carrot (1/2 batang ke?)
Santak kotak (kecil)
Daun kari (4 tangkai)
Kulit kayu manis (1 batang kecil)
Bunga lawang (1 bunga)
Biji pelaga (3 biji)
Bunga cengkih (3 biji)
Serbuk kari ayam/daging (4 sudu besar)
Bawang merah (4 sudu besar)
Bawang putih (1 sudu besar)
Halia (1/2 sudu besar)
Cili boh (1/2 sudu besar)
Minyak
Garam
Air

P/S: bawang merah, bawang putih,  halia dan cili boh dah siap blend.  Senang.

Cara Membuat:
1) Panaskan minyak.  Tumis 4 sekawan bersama daun kari sampai naik bau.
2) ‎Masukkan bawang merah,  bawang putih dan halia.  Tumis sampai naik bau dan garing.
3) ‎Then masukkan cili boh dan biarkan sampai pecah minyak.
4) Masukkan serbuk kari, garam dan sedikit air,  kacau rata dan masak sampai pecah minyak. Masukkan ubi kentang dan carrot. (biasa Dayah akan tutup periuk biar cepat lembut)
5) ‎Kemudian masukkan ayam biar 1/2 cook
6) ‎Masukkan santan 1/2 kotak dulu (sebab pekat)  then tambah air.  Kacau rata.
7) ‎Biarkan sampai ayam masak.

P/S: Before hidang rasa garam dan lemak santan.  Kalau perlu adjust,  ikut tekak masing-masing

Selamat Mencuba!!

Makan dengan nasi panas tambah sambal belacan. 👍👍👍👍




Comments

Popular Posts